Mudah marah ketika lapar.


Pernahkah anda mengalami saat ini, merasa sangat marah apabila makanan yang anda pesan di sebuah warung lambat sampai. Perasaan marah seperti ini berlaku secara semulajadi, dan berlaku hampir pada setiap manusia. Secara saintifik ini disebabkan otak anda kekurangan glukosa. Kekurangan bekalan glukosa dalam darah kerana seharian tidak menjamah makanan, menyebabkan darah tidak dapat membekalkan glukosa ke otak seterusnya menjadikan konsentrasi otak anda menurun. Sehinggakan hal yang remeh temeh akan menjadi hal yang amat menganggu anda. Emosi menjadi tidak stabil dan mudah marah seperti keadaan diatas.

Sudah teramat biasa mendengar cerita penceraian yang berpunca dari kegagalan isteri menguruskan makanan untuk suami. Bukan mahu menyalahkan kaum isteri, tapi cuba anda bayangkan jika anda yang baru sahaja pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lapar. Perkara pertama yang anda ingin lakukan setibanya anda di rumah pastilah berehat sambil mengisi kekosongan perut anda. Isteri anda yang sedang bersantai di ruang tamu menyambut kepulangan anda sambil berkata "hari ni ayang tak masak.. ayang malas.. abang masak sendirilah ya..". Disaat perut sedang berkoroncong meminta nasi, isteri anda pula buat lawak setengah siuman. Menyirat darah anda menahan amarah, tindakan anda ketika itu pastinya setengah siuman juga.

Untuk mengelakkan kekurangan bekalan glukosa dalam otak makanlah coklat. Kerana coklat lebih mudah dihadam selain dari mudah didapati dan disimpan. Kepada isteri yang malas masak, pastikan peti sejuk anda dipenuhi dengan coklat. Jika suami anda memang jenis yang tak suka coklat, rajinkanlah diri memasak. Tidak rugi memasak untuk suami kerana redha Allah itu bergantung pada redha suami.

9 comments:

Unknown | 13 Mei 2010 pada 7:48 PTG

fy sdg lapar di saat mbace post ni...trus rse nk g kafe spy xmarah2 pas ni..thnx 4 da info..hehe

Unknown | 13 Mei 2010 pada 8:56 PTG

betul3...

korang suke mengomen??ape jom masuk mengomen kat bilik aku plak
Bilik Tidur Cik Puan Ienafazlyna

Vanilla Popsicle | 13 Mei 2010 pada 10:39 PTG

patut la rasa cam nak marah je ari ni. tak makan lagi rupanya :D

Aidi-Safuan | 14 Mei 2010 pada 1:02 PG

hahahaa.... then kalau duduk bujang lak camne? bini takde nak masakkan. :P

Phazli | 14 Mei 2010 pada 1:08 PG

Carilah isteri 2,3 orang..

Kniedaz | 14 Mei 2010 pada 12:14 PTG

nasihat berguna utk isteri seperti saya ^_^

Angelika Fadhilla | 7 Jun 2010 pada 11:23 PTG

dulu ade senior tuu mmg kalau dia marah or geram mesty makan byk2, dlu maintain hensem, skrg da berisi, x ley cntrol kta nye :)

Phazli | 7 Jun 2010 pada 11:42 PTG

saya pun makan byk gak.. tapi xnaik2 badan ni.. tapi xpe, yg pasti maintain hensem.. kihkih

Unknown | 11 Jun 2010 pada 10:43 PG

makanmakanmakan.

Catat Ulasan