4 com

"Aku benci bos!"


Pernahkah antara kita mengucapkan kalimah penuh berbisa seperti tajuk diatas? "Mestilah ada." Tentu ramai yang menjawab sedemikian. Pelbagai alasan diberi jika ditanya mengapa mereka membenci bos mereka.

Penulis sendiri, sebagai pekerja bawahan yang hanya makan gaji pernah mengalami beberapa siri krisis dengan pihak atasan. Dalam setiap krisis itu, jalan penyelesaian yang paling mudah penulis ambil ialah berhenti kerja. Bagi penulis, bos beerti seorang ketua yang tugasnya ialah menyelesaikan masalah bukannya pencetus masalah atau merumitkan lagi sesuatu masalah itu. Pekerjaan penulis silih berganti daripada restoran kepada bengkel kepada kilang dan akhirnya penulis kini bekerja dalam sektor jualan. Namun bos yang penulis dambakan masih tidak ditemui. "Susah sangat ke nak jadi bos yang bertoleransi, adil, memahami dan tak banyak songeh." Detik hati penulis. Banyak kali juga penulis membayangkan menjadi seorang bos dan cuba untuk menyelami permasalahan seorang bos. "Jadi bos baik pekerja pijak kepala, jadi bos tegas pekerja benci pula." Memang benarlah, sukar untuk menjadi bos. Namun penulis yakin dan percaya jika penulis seorang bos, penulis pasti menjadi seorang bos yang disegani dan dihormati.

Kebanyakkan bos beranggapan bahawa sukar untuk membuat semua orang berpuas hati dan bersetuju dengan pendapatnya. Jika dilihat pada sesebuah institusi keluarga, seorang bapa pasti pernah bertengkar dengan anak-anak ataupun isteri kerana perselisihan pendapat. Inikan pula seorang bos dengan pekerja yang langsung tiada ikatan darah. Tetapi jika pendapat seseorang bos itu bagus dan menguntungkan semua pihak kenapa pula ia sukar diterima? Jadi, seorang bos haruslah sentiasa memerah otak untuk memikirkan sesuatu yang dapat mewujudkan win-win situation sesuai dengan gaji yang anda terima dan status anda sebagai bos. Penyelesai masalah bukan pencetus masalah.

Sehingga kini penulis masih berhadapan dengan bos  yang hanya bos pada nama tidak pada gaya kerja. Kali ini lebih teruk daripada bos-bos yang sebelumnya, dia ibarat robot yang diprogram hanya untuk membebel dan memarahi pekerja. Langsung tidak boleh diharap untuk menyelesaikan masalah apatah lagi mencetus idea-idea hebat yang menguntungkan semua orang.  Barangkali penulis dianggap agak emosional ketika ini, tetapi ini adalah pendapat hampir 95% pekerja disitu. Penulis juga bersetuju dengan pendapat mereka. Apa yang boleh dibuat ialah sabar dan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Mungkin bos penulis mengalami tekanan di rumah, dan dia melepaskan tekanannya di tempat kerja. Dan mungkin dia sudah melakukan yang terbaik tapi ternyata ia bukan yang terbaik bagi kami. Kerana kita semua tidak sempurna, begitu juga tempat kerja. Tiada tempat kerja yang tiada langsung masalahnya.
9 com

Mudah marah ketika lapar.


Pernahkah anda mengalami saat ini, merasa sangat marah apabila makanan yang anda pesan di sebuah warung lambat sampai. Perasaan marah seperti ini berlaku secara semulajadi, dan berlaku hampir pada setiap manusia. Secara saintifik ini disebabkan otak anda kekurangan glukosa. Kekurangan bekalan glukosa dalam darah kerana seharian tidak menjamah makanan, menyebabkan darah tidak dapat membekalkan glukosa ke otak seterusnya menjadikan konsentrasi otak anda menurun. Sehinggakan hal yang remeh temeh akan menjadi hal yang amat menganggu anda. Emosi menjadi tidak stabil dan mudah marah seperti keadaan diatas.

Sudah teramat biasa mendengar cerita penceraian yang berpunca dari kegagalan isteri menguruskan makanan untuk suami. Bukan mahu menyalahkan kaum isteri, tapi cuba anda bayangkan jika anda yang baru sahaja pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lapar. Perkara pertama yang anda ingin lakukan setibanya anda di rumah pastilah berehat sambil mengisi kekosongan perut anda. Isteri anda yang sedang bersantai di ruang tamu menyambut kepulangan anda sambil berkata "hari ni ayang tak masak.. ayang malas.. abang masak sendirilah ya..". Disaat perut sedang berkoroncong meminta nasi, isteri anda pula buat lawak setengah siuman. Menyirat darah anda menahan amarah, tindakan anda ketika itu pastinya setengah siuman juga.

Untuk mengelakkan kekurangan bekalan glukosa dalam otak makanlah coklat. Kerana coklat lebih mudah dihadam selain dari mudah didapati dan disimpan. Kepada isteri yang malas masak, pastikan peti sejuk anda dipenuhi dengan coklat. Jika suami anda memang jenis yang tak suka coklat, rajinkanlah diri memasak. Tidak rugi memasak untuk suami kerana redha Allah itu bergantung pada redha suami.
8 com

Fikirkan boleh!


Penulis teringat akan satu kisah yang diceritakan oleh seseorang pada satu masa dulu. Cerita yang memberi mesej bahawa setiap perkara yang berlaku itu jika difikir secara positif maka hasilnya juga positif dan begitulah sebaliknya.

Kisahnya begini, pada suatu hari dua syarikat pengeluar kasut sedang mengatur strategi untuk memasarkan produk mereka ke negara-negara pedalaman Afrika. Masing-masing, syarikat A dan B menghantar penyelidik untuk mengkaji potensi pasaran kasut di negara-negara terbabit. Setelah tamat tempoh yang diberikan kepada para penyelidik syarikat A dan syarikat B, masing-masing pulang membawa keputusan hasil dari penyelidikan mereka. Penyelidik syarikat A memberitahu kepada ketua mereka bahawa pasaran kasut di Afrika terlalu kecil. Mereka memberitahu setibanya mereka di sana, mereka terkejut kerana mendapati semua penduduk Afrika tidak memakai kasut. Adalah sesuatu yang bodoh jika mereka menjual kasut sedangkan kasut tidak diperlukan di sana.

Berlainan pula dengan penyelidik syarikat B. Mereka dengan perasaan teruja memberitahu keputusan penyelidikan mereka, "Wah, pasaran kasut di sana amat besar sekali! Sewaktu kami di sana, kami lihat semua orang tidak memakai kasut. Bayangkan jika setiap seorang dari mereka membeli sepasang kasut yang kita jual? Sudah tentu kita akan untung besar". Kata penyelidik syarikat B sambil ketawa besar.

Terngiang-ngiang lagu 'fikirkan boleh' yang popular sekitar tahun 90an setelah mendengar cerita ini. "Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan kemenangan, Kau hampiri kejayaan" lirik yang begitu berinspirasi dan mampu menaikkan semangat jika mendengar dan menghayatinya. Kitalah apa yang kita fikirkan, terkandung dalam pemikiran. Kita fikir boleh melakukan, fikirkan boleh!
4 com

Tagging

Di tag oleh http://filzfa.blogspot.com.
Terima kasih kerana sudi tag.

Soalan

1.APA YANG ANDA AKAN BUAT BILA ANDA TAHU MEMBER ANDA TIKAM BELAKANG ANDA?
Tenangkan diri. Cari jalan penyelesaian secara diplomatik dengan dia. Kalau tak jadi, cili je mulut dia (tak pernah buat lagi). Buat tak tahu je, biar Allah sahaja yang membalas perbuatan dia (pernah buat).

2. 6 ORANG DI HATI ANDA?
Emak, kakak 2 orang, anak saudara 4 orang.

3. ANDA RASA ANDA COMEL?
Ya, saya perasan comel.

4. SINGLE OR TAKEN?
Single pun ya, taken pun ya.. Ha, camne tu?

5. BLOG YANG ANDA SUKA?
Banyak, asalkan bukan blog gosip artis.

6. ADAKAH BILIK ANDA KEMAS SETIAP HARI?
Tidak.

7. LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR?
Hujan - Aku skandal

8. LAST TEXT MESSAGE
Daripada Channel C (celcom blue) "Pesan orang arifbillah, baca Fatehah 7x dari Subuh - Isyrak, Yassin 70x dari Zohor - Asar, Al-Khafi dari Asar - Maghrib dan 10 surah lazim dari Maghrib - Isyak.

9. LAST PHONE CALL
Dari mak.

10. HARI TERAKHIR ANDA MENANGIS
Pernah menangis tapi lupa bila dan sebab apa.

11. 5 LIST WARNA KEGEMARAN ANDA
Kalau benda saya suka warna hitam, hijau dan biru. Kalau orang saya suka warna kuning langsat, sawo matang pun suka gak.

*SAYA DI SINI SUNGGUH BERBESAR HATI UNTUK TAG MEREKA DI BAWAH

Dr. Ridhuan Tee
Nak ke Dr. Ridhuan Tee menjawab soalan-soalan berbentuk 'keperempuanan' ni?
21 com

Kemahiran Mengurat.



Tidak mahir mengurat juga merupakan masalah sosial apabila ianya berkaitan dengan kes-kes seperti bujang lapok, andartu (anak dara tua), andalusia (anak dara lanjut usia) dan macam-macam lagi gelaran yang tidak sedap didengar. Dibawah merupakan panduan yang boleh anda gunakan untuk membantu menambahkan pengetahuan tentang wanita seterusnya melaksanakan strategi mengurat anda.

Mengatur langkah pertama
Apa yang anda perlu lakukan sebagai langkah pertama ialah menyapa gadis pilihan hati anda. Perhatikan dirinya dari jauh samada dia perasan atau tidak akan kewujudan anda. Jika tidak, bermakna anda perlu berbuat sesuatu untuk menarik perhatian si dia agar tahu akan kehadiran anda di dalam hidupnya. Jangan melakukan sesuatu yang bodoh untuk menarik perhatian si dia seperti menunjuk kelelakian anda dengan memarahi bangla tukang sapu dengan menjerit sekuat hati umpama tarzan di dalam hutan. Lakukan sesuatu yang senang dan macho seperti duduk termenung seolah-olah anda sedang memikirkan masalah Negara. Itu hanya sebagai satu contoh sahaja, jika anda mempunyai sesuatu yang lebih kreatif, lakukan ia dengan jayanya. Setelah itu, barulah memulakan langkah pertama dengan menyapa gadis idaman hati anda.

Respon
Sebelum anda mengucapkan kata-kata seperti “saya sukakan awak” atau “saya jatuh cinta pada awak” perhatikan dulu bahasa tubuh (body language) si dia yang hendak anda pikat itu. Dengan memerhatikan bahasa badan atau body language, anda berupaya membaca apa yang bermain di fikiran si dia disaat anda berdua saling bertengtangan mata atau berbual-bual. Wanita bersifat pemalu, mereka suka memendam rasa tetapi tanpa disedari rasa itu dizahirkan melalui bahasa badan. Cuba perhatikan samada si dia bermain-main dengan rambutnya ketita berbual dengan anda, jika ada ini bermakna si dia menyukai anda dan bahasa lain bagi menyatakan “jom, kita bercinta!”. Terdapat beberapa lagi bahasa badan yang perlu anda tahu seperti;

Anak mata – perhatikan anak mata sidia. Jika anak matanya membesar tandanya kita disukainya. Akan tetapi anak mata juga akan membesar jika berada di tempat gelap.

Senyuman – senyum dengan merapatkan kedua-dua bibir adalah senyuman biasa yang tidak memberi apa-apa makna. Manakala senyum dengan menampakkan gigi diukir kerana si dia telah terpikat pada kita.

Pipi – pipi wanita akan menjadi merah ketika berbual dengan jejaka yang diminatinya. Ini disebabkan proses semulajadi badan dalam bertindak balas terhadap sesuatu. Seperti juga keadaanya wajah akan menjadi pucat kerana terlalu takut selepas melihat hantu.

Memahami kehendak wanita
Sungguhpun wanita merupakan makhluk yang lemah lembut, itu tidak bermakna mereka akan menyukai semua perkara lemah lembut juga. Wanita sebenarnya suka kepada lelaki yang nakal. Lelaki nakal membuatkan mereka berfantasi sendirian. Ini akan mencipta satu perasaan emosi yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Mereka menganggapnya satu misteri yang hanya boleh dirungkai oleh lelaki nakal itu tadi. Dapat menguasai emosi wanita bermakna mendapat cintanya untuk seumur hidup. Wanita sebenarnya penuh misteri dan kejutan, mereka juga suka kepada kejutan. Berilah mereka sesuatu yang tidak terduga oleh mereka seperti menghadiahkan rantai emas walaupun bukan pada harijadi mereka. Percayalah ia akan membuatkan wanita lebih menyayangi anda.

Jadi diri sendiri
Namun begitu, apa yang lebih penting adalah dengan menjadi diri sendiri. Tidak perlu anda bertukar menjadi seperti Rosyam Nor semata-mata ingin nampak hebat dimata gadis pujaan anda. Ianya hanyalah sementara, setelah penat menjadi orang lain anda akan kembali kepada identiti diri sendiri dan akan mengecewakan gadis itu setelah mengetahui siapa anda sebenarnya. Setakat ini sahaja panduan yang dapat diberikan. Semoga berjaya!
5 com

Pembodek membodek yang dibodek.

Ada yang keliru dengan tajuk artikel ini? Dan mungkin juga ada gerun dengan situasi ini kerana pengalaman pernah terkena suatu masa dulu. Atau mungkin ada yang sedikit terasa kerana pernah ataupun masih mengamalkan aktiviti 'nakal' ini.

Bodek mengikut definisi kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud "; membodek memuji(-muji) atau menyanjung(-nyanjung) seseorang dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu drpd orang yg dipuji atau disanjung; mengampu". Orang yang dipanggil pembodek ini sememangnya senang dicari dan ada dimana-mana sahaja. Dengan memiliki ciri-ciri peribadi seperti:

i)Suka memuji. Mereka suka memuji-muji walaupun kadangkala apa yang dipuji itu tidak masuk akal seperti, mereka memuji anda kelihatan kacak/cantik walhal seantero nusantara mengetahui hakikat yang anda adalah pemenang anugerah manusia paling jelik (kecantikan terletak pada akhlak yang tinggi sebenarnya). Pujian mereka sememangnya tidak ikhlas dan berkonsepkan serampang dua mata yang mempunyai agenda tersembunyi disebalik pujian itu.

ii)Pandai berlakon. Di depan bos merekalah pekerja yang paling rajin. Tetapi sebaliknya apabila bos tiada.

iii)Suka memberi hadiah. Bagi mereka kaki bodek kategori hardcore tidak kisah mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli hadiah kepada bos. Kebanyakkan hadiah yang diberikan berupa barangan berjenama tiruan yang dibeli di pasar malam. Hadiah yang melambangkan hati mereka, cantik di luar tetapi buruk di dalam.

iv)Sentiasa ingin mendampingi orang yang dibodek. Mereka berlagak seperti P.A kepada seorang bos. Di mana ada bos,di situ ada mereka. Padahal jawatan yang dipegang hanya sebagai kerani.

Apa yang positifnya tentang pembodek ini ialah mereka mampu menaikkan mood orang dengan puji-pujian mereka. Sesiapa pun akan 'terangkat' bila dipuji. Mereka juga boleh dimanupulasikan sesuka hati dengan membuat kerja-kerja di luar tugasan mereka. Itupun jika anda seorang yang berkepentingan bagi mereka. Jika anda seorang pembodek, sifat ini sebenarnya bagus untuk anda memantapkan lagi karier anda sekiranya bos anda itu tidak ubah seperti bola yang kempis hanya menantikan anda mengepam angin bodek ke dalamnya.

Yang negatifnya pula sifat bodek ini boleh mendatangkan bencana yang tidak diingini kepada si pembodek dan orang di sekelillingya. Pembodek berpotensi menutup periuk nasi pesaingnya dengan menghasut bos supaya memecat jawatan saingannya itu. Lebih malang lagi, jika pesaingnya itu seorang yang jujur dan mengamalkan saingan yang sihat. Syarikat telah kerugian seorang pekerja yang bagus dan memberi kesan buruk kepada syarikat untuk jangka masa panjang sekiranya pembodek tadi terus bermaharajalela. Pembodek juga mempunyai ramai musuh dan bakal menghadapi hukuman seperti dipulaukan rakan sekerja sekirannya aktiviti membodeknya dapat dihidu. Pembodek juga perlu berhati-hati kerana bukan semua bos suka dibodek dan merasa terganggu jika dibodek.

Kesimpulannya, pembodek ini umpama hidupan parasit yang tiada gunanya kepada masyarakat. Bahkan hanya akan menyusahkan sahaja. Amalkanlah bodek yang sihat seperti membodek bos dengan menambahkan kualiti kerja dan disiplin diri terhadap komitmen kerja.
1 com

Superman penjajah Amerika menjajah dunia.


Siapa tidak kenal superman, tanyalah sesiapa saja di Malaysia ini pasti mengenali superman. Betapa popularnya 'insan' bergelar superman ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan superman lebih dikenali dari kebanyakkan ahli politik di Malaysia. Bahkan, jika superman masuk bertanding dalam pilihanraya pasti beliau akan menang besar. Tanpa ragu-ragu lagi!

Superman 'dilahirkan' di Amerika oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster pada 1932. Dikenali dengan nama Clark Kent, dia mempunyai kuasa seperti yang dicogankan "lebih cepat berbanding peluru, lebih berkuasa dari keretapi lokomotif, dan boleh melalui diatas bangunan tinggi dengan satu lompatan" (faster than a speeding bullet, powerful than a locomotive, and able to leap tall buildings in a single bound). Dengan kuasa luar biasanya, superman seorang yang berani dan baik hati mempunyai tangungjawab sebagai adiwira menyelamatkan dunia dari unsur-unsur jahat. Peribadi mulia ini telah menjadikan superman terkenal ke serata dunia. Meskipun ianya hanya watak rekaan hasil imaginasi kretif penciptanya, namun pengaruh yang dibawa superman amat besar pada masyarakat terutama kanak-kanak.

Superman yang juga merupakan produk propaganda buatan Amerika ini, telah dijadikan setiap kanak-kanak yang mengaguminya sebagai seorang idola. Mereka, kanak-kanak ini akhirnya tanpa disedari secara tidak langsung dijajah minda mereka. Mereka taksub, sehingga ada yang bercita-cita untuk menjadi seperti superman apabila dewasa nanti. Mungkin bagi kita ianya perkara remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian serius, tapi sedarkah kita golongan inilah yang bakal memimpin dan mencorakkan negara pada masa akan datang. Bagaimana jika seorang yang pro-Amerika memimpin negara kita nanti. Tentu sahaja kita semua tidak mahu membayangkan perkara seperti itu, kerana kita semua tidak mahu menjadi keldai yang mengikut telunjuk Amerika. Kerana kita juga tahu Amerika merupakan sekutu kuat Israel atau Yahudi, bangsa jahat yang memusuhi Islam.

Betapa hebatnya propaganda Amerika, mereka tidak perlu bekerja keras dan bertarung nyawa menjajah sesebuah negara. Cukup dengan hanya penjajahan minda, sesebuah negara boleh dijajahi tanpa pertumpahan walau setitis darah pun. Apa yang berlaku hari ini dapat kita lihat program propaganda Amerika berada disekeliling kita pada setiap masa. Buka sahaja tv, kita lihat Dr. Gil Grissom dan Sara Sidle sibuk mempromosikan kehebatan polis Amerika menyelesaikan jenayah dalam CSI: Crime Scene Investigation. Discovery Channels juga tidak mahu ketinggalan mempamerkan kecanggihan sistem peperangan, jet pejuang dan perluru berpandu Amerika. Ini semua tidak lain dan tidak bukan selain bertujuan memberi sogokan kepada minda kita supaya mengagumi dan menghormati mereka.

"Ah, pantang nenek moyang aku tunduk kepada musuh!" mungkin ada yang berteriak sebegitu di ketika ini. Semangat patriotik inilah yang akan menyelamatkan kita dari dijajah. Jangan biarkan propaganda Amerika mengikis sedikit demi sedikit semangat ini. Jangan biarkan superman menjadi punca mengapa pemimpin kita pada satu hari nanti berpihak kepada Amerika dan menjadi penyokong kepada paksi kejahatan.