Superman penjajah Amerika menjajah dunia.


Siapa tidak kenal superman, tanyalah sesiapa saja di Malaysia ini pasti mengenali superman. Betapa popularnya 'insan' bergelar superman ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan superman lebih dikenali dari kebanyakkan ahli politik di Malaysia. Bahkan, jika superman masuk bertanding dalam pilihanraya pasti beliau akan menang besar. Tanpa ragu-ragu lagi!

Superman 'dilahirkan' di Amerika oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster pada 1932. Dikenali dengan nama Clark Kent, dia mempunyai kuasa seperti yang dicogankan "lebih cepat berbanding peluru, lebih berkuasa dari keretapi lokomotif, dan boleh melalui diatas bangunan tinggi dengan satu lompatan" (faster than a speeding bullet, powerful than a locomotive, and able to leap tall buildings in a single bound). Dengan kuasa luar biasanya, superman seorang yang berani dan baik hati mempunyai tangungjawab sebagai adiwira menyelamatkan dunia dari unsur-unsur jahat. Peribadi mulia ini telah menjadikan superman terkenal ke serata dunia. Meskipun ianya hanya watak rekaan hasil imaginasi kretif penciptanya, namun pengaruh yang dibawa superman amat besar pada masyarakat terutama kanak-kanak.

Superman yang juga merupakan produk propaganda buatan Amerika ini, telah dijadikan setiap kanak-kanak yang mengaguminya sebagai seorang idola. Mereka, kanak-kanak ini akhirnya tanpa disedari secara tidak langsung dijajah minda mereka. Mereka taksub, sehingga ada yang bercita-cita untuk menjadi seperti superman apabila dewasa nanti. Mungkin bagi kita ianya perkara remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian serius, tapi sedarkah kita golongan inilah yang bakal memimpin dan mencorakkan negara pada masa akan datang. Bagaimana jika seorang yang pro-Amerika memimpin negara kita nanti. Tentu sahaja kita semua tidak mahu membayangkan perkara seperti itu, kerana kita semua tidak mahu menjadi keldai yang mengikut telunjuk Amerika. Kerana kita juga tahu Amerika merupakan sekutu kuat Israel atau Yahudi, bangsa jahat yang memusuhi Islam.

Betapa hebatnya propaganda Amerika, mereka tidak perlu bekerja keras dan bertarung nyawa menjajah sesebuah negara. Cukup dengan hanya penjajahan minda, sesebuah negara boleh dijajahi tanpa pertumpahan walau setitis darah pun. Apa yang berlaku hari ini dapat kita lihat program propaganda Amerika berada disekeliling kita pada setiap masa. Buka sahaja tv, kita lihat Dr. Gil Grissom dan Sara Sidle sibuk mempromosikan kehebatan polis Amerika menyelesaikan jenayah dalam CSI: Crime Scene Investigation. Discovery Channels juga tidak mahu ketinggalan mempamerkan kecanggihan sistem peperangan, jet pejuang dan perluru berpandu Amerika. Ini semua tidak lain dan tidak bukan selain bertujuan memberi sogokan kepada minda kita supaya mengagumi dan menghormati mereka.

"Ah, pantang nenek moyang aku tunduk kepada musuh!" mungkin ada yang berteriak sebegitu di ketika ini. Semangat patriotik inilah yang akan menyelamatkan kita dari dijajah. Jangan biarkan propaganda Amerika mengikis sedikit demi sedikit semangat ini. Jangan biarkan superman menjadi punca mengapa pemimpin kita pada satu hari nanti berpihak kepada Amerika dan menjadi penyokong kepada paksi kejahatan.

1 comments:

butterflies Lovers a.k.a aZzA | 26 April 2010 9:17 PTG

saya suke superman!!! hehehehe (^_^)V peace!

Catat Ulasan