Perniagaan kotor MLM


Kenapa anda memilih MLM sebagai cara untuk menjadi kaya? Dan akhirnya anda tertipu dengan kata dusta mereka. Di bawah mungkin salah satu dari sebab-sebabnya.

1. Anda seorang yang buta hati. Kenapa? Tentu saja anda seorang yang buta mata hatinya kerana terlalu mudah percaya bahawasanya di dunia serba maju ini terdapat perniagaan yang tidak memerlukan anda bekerja kuat malah hanya memerlukan modal sebanyak beberapa ringgit sahaja tetapi mendapat keuntungan yang luar biasa lumayan.

2. Anda seorang yang tamak. Sifat tamak seolah-olah sifat yang wajib dimiliki oleh setiap individu yang menyertai MLM. Dan benarlah pepatah Melayu ada menyatakan 'orang yang tamak selalu rugi' , ini terbukti apabila anda sanggup mengeluarkan beribu-ribu ringgit daripada wang simpanan bank anda yang dikumpul selama bertahun semasa anda bekerja membanting tulang empat kerat hanya untuk dilaburkan ke sebuah sistem penipuan sistematik bergelar MLM. Kononnya semakin banyak wang yang dilaburkan semakin besar keuntungan, semakin cepat anda menjadi kaya, semakin hampir anda kepada impian untuk beristeri empat.

3. Anda seorang yang tidak bernasib baik. Sudah jatuh ditimpa tangga! Mungkin itu situasi anda ketika pertama kali mendaftarkan diri sebagai ahli MLM. Anda mempunyai impian suci untuk membebaskan diri dan keluarga anda dari kepompong kemiskinan, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk merealisasikan niat anda itu. Tiba-tiba datang MLM kepada anda, anda dengan hati terbuka menerima kehadirannya dengan segunung harapan agar MLM dapat membantu anda menyelesaikan segala masalah. Kali ini dengan semangat berkobar-kobar ditambah dengan dakyah MLM yang telah meracuni fikiran, anda tanpa banyak berfikir membuat pinjaman peribadi beribu ringgit dari ceti untuk dilaburkan kepada MLM. Akhirnya anda yang sudah miskin kini bertambah daif apabila terpaksa membayar balik pinjaman ceti anda sekaligus meletakkan kehidupan anda dalam bahaya sekiranya ceti bertindak ganas.

4. Anda mudah dipengaruhi rakan, iklan, atau risalah MLM. Promosi yang dijalankan oleh pihak MLM memang hebat, dengan hanya membaca risalah atau iklan yang mempamerkan seorang wanita cantik berdiri ditepi sebuah Perdana V6 sambil memegang beberapa keping wang kertas RM50 sudah cukup membuatkan mata anda jadi kelabu. Ditambah dengan slogan 'duk rumah buat duit sambil goyang kaki,' anda yang pendek akal telah terpengaruh sepenuhnya.

MLM bukanlah satu perniagaan yang telus dan jujur, banyak taktik kotor dan penipuan menjadi amalan MLM. Anda akan menyedari (itupun sekiranya anda sedar) bahawa anda ditipu secara halus oleh MLM sebaik sahaja menyertai mereka, namun kebanyakkan dari anda hanya berdiam diri, malah sanggup menipu orang lain pula melalui MLM. Pendapatan hasil dari penipuan tidak akan diberkati Tuhan. Anda juga boleh kehilangan rakan, saudara atau keluarga yang merasa mereka tertipu dan dikhianati oleh anda.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MLM.

2 comments:

Asma | 23 April 2010 pada 12:04 PTG

salam,

seyes setuju..penah diterjah x kira masa oleh kenkawan yg nk suh join MLM ni..

Phazli | 23 April 2010 pada 10:33 PTG

memang pun dorang ni.. kdg2 tu terasa hati jgk bila dorang tiba2 call kata nak jumpa, rindu la, apa la macam2 ayat manis diberikan.. tapi bila dah jumpa upe2nya nak suh kita join dorang..

Catat Ulasan