Fikirkan boleh!


Penulis teringat akan satu kisah yang diceritakan oleh seseorang pada satu masa dulu. Cerita yang memberi mesej bahawa setiap perkara yang berlaku itu jika difikir secara positif maka hasilnya juga positif dan begitulah sebaliknya.

Kisahnya begini, pada suatu hari dua syarikat pengeluar kasut sedang mengatur strategi untuk memasarkan produk mereka ke negara-negara pedalaman Afrika. Masing-masing, syarikat A dan B menghantar penyelidik untuk mengkaji potensi pasaran kasut di negara-negara terbabit. Setelah tamat tempoh yang diberikan kepada para penyelidik syarikat A dan syarikat B, masing-masing pulang membawa keputusan hasil dari penyelidikan mereka. Penyelidik syarikat A memberitahu kepada ketua mereka bahawa pasaran kasut di Afrika terlalu kecil. Mereka memberitahu setibanya mereka di sana, mereka terkejut kerana mendapati semua penduduk Afrika tidak memakai kasut. Adalah sesuatu yang bodoh jika mereka menjual kasut sedangkan kasut tidak diperlukan di sana.

Berlainan pula dengan penyelidik syarikat B. Mereka dengan perasaan teruja memberitahu keputusan penyelidikan mereka, "Wah, pasaran kasut di sana amat besar sekali! Sewaktu kami di sana, kami lihat semua orang tidak memakai kasut. Bayangkan jika setiap seorang dari mereka membeli sepasang kasut yang kita jual? Sudah tentu kita akan untung besar". Kata penyelidik syarikat B sambil ketawa besar.

Terngiang-ngiang lagu 'fikirkan boleh' yang popular sekitar tahun 90an setelah mendengar cerita ini. "Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan kemenangan, Kau hampiri kejayaan" lirik yang begitu berinspirasi dan mampu menaikkan semangat jika mendengar dan menghayatinya. Kitalah apa yang kita fikirkan, terkandung dalam pemikiran. Kita fikir boleh melakukan, fikirkan boleh!

8 comments:

Tanpa Nama | 28 April 2010 pada 2:05 PTG

salam..erm, selalulah kita fikirkan peluang bukan yg menghalang!

sampai bila nk maju kalau asyik memikirkan perkara yg negatif....disebalik setiap masalah itu ada jalan keluarnya.
disebalik setiap halangan itu ada peluang keuntungan...maka beruntung bagi mereka yg positif~

RerameUngu | 28 April 2010 pada 2:11 PTG

be positive..bila minda dah setkan sth yg positive, automatically otak pun hantar signal positive all over the body kn..heee

ProAZ-AD | 28 April 2010 pada 2:24 PTG

http://moneytops.blogspot.com/2010/04/nice-ska-mobile-pakage.html tgk je dlu FREE

Phazli | 29 April 2010 pada 2:46 PTG

Korang memang berfikiran positif..

tehr | 29 April 2010 pada 10:57 PTG

agaknya kucing tu percaya tak muka dia macam tu?

Aidi-Safuan | 30 April 2010 pada 12:25 PTG

hahaha...adakah kucing tuh pikiran positif atau tak?

Phazli | 30 April 2010 pada 11:42 PTG

Kucing tu perasan dia singa.. Ni terlebih positif..

NurSya | 13 Mei 2010 pada 9:36 PTG

aisya pn gak emo kdg2..mrah jugak klau terlalu tensi0n..heheh..tp paling xske klau pas marah2 tue..akn rase bersalah pd yg kne marah even memg slah die pn..pastu lme2..sya didik dri jdik sabar cket..hdop jdik lebih harmoni pas tu..hikhik..:) yg pentg..sentiase sabar ok~

Catat Ulasan