Kemahiran Mengurat.



Tidak mahir mengurat juga merupakan masalah sosial apabila ianya berkaitan dengan kes-kes seperti bujang lapok, andartu (anak dara tua), andalusia (anak dara lanjut usia) dan macam-macam lagi gelaran yang tidak sedap didengar. Dibawah merupakan panduan yang boleh anda gunakan untuk membantu menambahkan pengetahuan tentang wanita seterusnya melaksanakan strategi mengurat anda.

Mengatur langkah pertama
Apa yang anda perlu lakukan sebagai langkah pertama ialah menyapa gadis pilihan hati anda. Perhatikan dirinya dari jauh samada dia perasan atau tidak akan kewujudan anda. Jika tidak, bermakna anda perlu berbuat sesuatu untuk menarik perhatian si dia agar tahu akan kehadiran anda di dalam hidupnya. Jangan melakukan sesuatu yang bodoh untuk menarik perhatian si dia seperti menunjuk kelelakian anda dengan memarahi bangla tukang sapu dengan menjerit sekuat hati umpama tarzan di dalam hutan. Lakukan sesuatu yang senang dan macho seperti duduk termenung seolah-olah anda sedang memikirkan masalah Negara. Itu hanya sebagai satu contoh sahaja, jika anda mempunyai sesuatu yang lebih kreatif, lakukan ia dengan jayanya. Setelah itu, barulah memulakan langkah pertama dengan menyapa gadis idaman hati anda.

Respon
Sebelum anda mengucapkan kata-kata seperti “saya sukakan awak” atau “saya jatuh cinta pada awak” perhatikan dulu bahasa tubuh (body language) si dia yang hendak anda pikat itu. Dengan memerhatikan bahasa badan atau body language, anda berupaya membaca apa yang bermain di fikiran si dia disaat anda berdua saling bertengtangan mata atau berbual-bual. Wanita bersifat pemalu, mereka suka memendam rasa tetapi tanpa disedari rasa itu dizahirkan melalui bahasa badan. Cuba perhatikan samada si dia bermain-main dengan rambutnya ketita berbual dengan anda, jika ada ini bermakna si dia menyukai anda dan bahasa lain bagi menyatakan “jom, kita bercinta!”. Terdapat beberapa lagi bahasa badan yang perlu anda tahu seperti;

Anak mata – perhatikan anak mata sidia. Jika anak matanya membesar tandanya kita disukainya. Akan tetapi anak mata juga akan membesar jika berada di tempat gelap.

Senyuman – senyum dengan merapatkan kedua-dua bibir adalah senyuman biasa yang tidak memberi apa-apa makna. Manakala senyum dengan menampakkan gigi diukir kerana si dia telah terpikat pada kita.

Pipi – pipi wanita akan menjadi merah ketika berbual dengan jejaka yang diminatinya. Ini disebabkan proses semulajadi badan dalam bertindak balas terhadap sesuatu. Seperti juga keadaanya wajah akan menjadi pucat kerana terlalu takut selepas melihat hantu.

Memahami kehendak wanita
Sungguhpun wanita merupakan makhluk yang lemah lembut, itu tidak bermakna mereka akan menyukai semua perkara lemah lembut juga. Wanita sebenarnya suka kepada lelaki yang nakal. Lelaki nakal membuatkan mereka berfantasi sendirian. Ini akan mencipta satu perasaan emosi yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Mereka menganggapnya satu misteri yang hanya boleh dirungkai oleh lelaki nakal itu tadi. Dapat menguasai emosi wanita bermakna mendapat cintanya untuk seumur hidup. Wanita sebenarnya penuh misteri dan kejutan, mereka juga suka kepada kejutan. Berilah mereka sesuatu yang tidak terduga oleh mereka seperti menghadiahkan rantai emas walaupun bukan pada harijadi mereka. Percayalah ia akan membuatkan wanita lebih menyayangi anda.

Jadi diri sendiri
Namun begitu, apa yang lebih penting adalah dengan menjadi diri sendiri. Tidak perlu anda bertukar menjadi seperti Rosyam Nor semata-mata ingin nampak hebat dimata gadis pujaan anda. Ianya hanyalah sementara, setelah penat menjadi orang lain anda akan kembali kepada identiti diri sendiri dan akan mengecewakan gadis itu setelah mengetahui siapa anda sebenarnya. Setakat ini sahaja panduan yang dapat diberikan. Semoga berjaya!

21 comments:

Tuan Cimot | 21 April 2010 pada 10:25 PTG

dah pratik ke??berkesan??

Aidi-Safuan | 21 April 2010 pada 10:53 PTG

tips untuk ngorat awek dalam picture tuh plak camne? :p

nizam6281 | 21 April 2010 pada 11:01 PTG

siot gambar cun syiak haha

Nur S. | 22 April 2010 pada 11:31 PG

da berjaya tackle awek dlm gamba tu? =p

Phazli | 22 April 2010 pada 11:40 PG

dah.. tapi bukan saya... orang lain yang berjaya.. kihkih

nich | 22 April 2010 pada 11:51 PG

hakhakhak.. lawak2.. kakakaka

Hami Asraff | 22 April 2010 pada 11:54 PG

Kena try ni. Hehe ~

Ctnurkhijah | 22 April 2010 pada 1:56 PTG

tuan tanah kena try dulu klu menjadi leh sebarkan untuk org len lak

Athirah Ibrahim | 22 April 2010 pada 6:36 PTG

wey wey wey. bagi tips ngorat laki pulak. hahaha :P

miss lolly a.k.a luvfareda | 22 April 2010 pada 7:57 PTG

Perghhhh

awek camtu aii p0m ghase nak ngurat.

nak wat bibik =P

Phazli | 22 April 2010 pada 9:39 PTG

Gatai.. Ngorat i xnak plak..

CengkodokPolkadot | 23 April 2010 pada 11:40 PG

halu...ni ilmu mazhab mana?
hehehehe

belguzaranne | 23 April 2010 pada 1:44 PTG

gunaydın sevgıler

♥♥azatiesayang ♥♥ | 23 April 2010 pada 3:20 PTG

wah!dh try ker dik?agak2 dpr bape awek?hikhik

Phazli | 23 April 2010 pada 10:27 PTG

Ni ilmu dapat dari mimpi.. kihkih.. @cengkodok polkadot

myk guna2 cap din xmain ler @belguzaranne

dah try.. tapi saya setia pada yang satu.. @azatiesayang

D A Y A N G | 24 April 2010 pada 7:14 PG

Kita yg dah kawin ni, xleh trylah bab2 mengurat ni. Tp boleh kot kat suami, wat pretend2!!!

Phazli | 24 April 2010 pada 11:13 PG

Of course la boleh.. ape salahnye ngorat hubby sendiri.. leh tambah baby sorang lagi.. @hot dayang

Mat Pian | 26 April 2010 pada 1:22 PG

wah..., petua yg bagus tu...
ada harapan nk buka cwangan lagi satu.. huhuhu

Phazli | 26 April 2010 pada 1:28 PG

Kalau dah mampu.. Ape salahnye.. @suffian

Atika Ramlan | 26 April 2010 pada 1:51 PG

seksinya awekk tu....

Encik Psychopath | 27 April 2010 pada 12:16 PG

habis masa 5 minit kat gambar.

Catat Ulasan